Platform Aqiqah & Qurban Paling Mudah, Paling Cepat, 100% Diyakini
Ukhuwah Fillah berpengalaman menguruskan tempahan Aqiqah dan Qurban sejak dari tahun 2015 dan telah dijalankan di 4 buah negara terpilih iaitu Malaysia, Indonesia, India dan Mekah (Arab Saudi).
Kenapa Anda Kena Buat Qurban & Aqiqah?
Raikan Kelahiran Insan Kesayangan Dengan Lebih Sempurna
Sabda Baginda SAW daripada Samurah RA:
الْغُلاَمُ مُرْتَهَنٌ بِعَقِيقَتِهِ يُذْبَحُ عَنْهُ يَوْمَ السَّابِعِ وَيُسَمَّى وَيُحْلَقُ رَأْسُهُ
Maksudnya: “Bayi itu tertebus dengan aqiqahnya. Disembelih aqiqah pada hari yang ketujuh kelahirannya, diberikan nama dan dicukur rambutnya”.
Riwayat Abu Daud (1522)
Qurban Sebagai Tanda Kesyukuran
َصَلِّ لِرَبِّكَ وَانْحَرْ
Maksudnya: Maka tunaikanlah solat untuk Tuhan kamu dan lakukanlah sembelihan (sebagai bersyukur).
Surah al-Kauthar (2)
Kenapa Kami?
Ukhuwah Fillah Menawarkan Perkhidmatan Qurban & Aqiqah yang telus dan dipercayai
Ukhwah Fillah adalah satu platform pemudah cara perlaksanaan ibadah Aqiqah dan Qurban dengan tawaran harga yang berpatutan bagi memenuhi keperluan ekonomi segenap lapisan masyarakat di Malaysia.
4 Sebab Utama Mengapa Perlu Memilih UKHWAH FILLAH
TRUSTED SELLER
Sudah Beroperasi Lebih 7 Tahun Dengan Servis Terbaik
HARGA EKONOMI
Agar Semua Orang Dapat Melaksanakan Ibadah Ini
TEMPAHAN YANG MUDAH
Tempahan Secara Online Walau Di Mana Pun Anda Berada
KAMI URUSKAN A-Z
Segala Urusan Dengan Pihak Berkaitan Akan Kami Uruskan Mewakili Pihak Anda
Tahun
Qurban/Aqiqah
Kelebihan Aqiqah & Qurban secara amnya:
Menyuburkan sifat pemurah & baik hati di kalangan manusia.
Meningkatkan rasa syukur atas segala anugerah Allah
Menghidupkan satu sunnah Nabi yang dituntut agama Islam.
Pakej Aqiqah 2022M / 1443H yang disediakan
Kami menyediakan pakej Aqiqah dengan pilihan di dalam atau luar negara bagi anda yang inginkan harga jimat dan proses yang sangat mudah.
Aqiqah
Mekah
RM550
RM490
- 1 ekor Kambing Biri-Biri
- Gambar dan Video Sembelihan serta Sijil Digital akan diberikan
- +RM60 Plak Sijil Kayu (Addon)
- Daging Sembelihan diagihkan ke Fakir Miskin / Pondok Tahfiz
Aqiqah Indonesia
RM410
RM350
- 1 ekor Kambing Biri-Biri
- Gambar dan Video Sembelihan serta Sijil Digital akan diberikan
- +RM60 Plak Sijil Kayu (Addon)
- Daging Sembelihan diagihkan ke Fakir Miskin / Pondok Tahfiz
Aqiqah
India
RM390
RM290
- 1 ekor bahagian Lembu
- Gambar dan Video Sembelihan serta Sijil Digital akan diberikan
- +RM60 Plak Sijil Kayu (Addon)
- Daging Sembelihan diagihkan ke Fakir Miskin / Pondok Tahfiz
Aqiqah Malaysia
RM650-RM850
- 1 ekor Kambing Biri-Biri (Harga Mengikut Saiz)
- Gambar dan Video Sembelihan serta Sijil Digital akan diberikan
- +RM60 Plak Sijil Kayu (Addon)
- Daging Sembelihan diagihkan ke Fakir Miskin / Pondok Tahfiz
- Sekiranya anda berminat dengan Aqiqah Dalam Negara, anda boleh menghubungi kami melalui butang Whatsapp di bawah ini
Pakej Qurban 2023M / 1444H yang disediakan
Kami menyediakan pakej Qurban dengan pilihan di dalam atau luar negara bagi anda yang inginkan harga jimat dan proses yang sangat mudah.
Pakej Qurban Luar Negara
KAMBING
- Gambar dan Video Sembelihan serta Sijil Digital akan diberikan
- +RM50 Plak Sijil Kayu (ADDON)
- Daging Sembelihan diagihkan ke Fakir Miskin / Pondok Tahfiz
LEMBU
- Gambar dan Video Sembelihan serta Sijil Digital akan diberikan
- +RM50 Plak Sijil Kayu (ADDON)
- Daging Sembelihan diagihkan ke Fakir Miskin / Pondok Tahfiz
UNTA
- Gambar dan Video Sembelihan serta Sijil Digital akan diberikan
- +RM50 Plak Sijil Kayu (ADDON)
- Daging Sembelihan diagihkan ke Fakir Miskin / Pondok Tahfiz
Pakej Qurban Dalam Negara
Sekiranya anda berminat dengan pakej Qurban Dalam Negara, anda boleh menghubungi kami melalui butang Whatsapp di bawah ini
Testimoni
Soalan-soalan Lazim
Aqiqah adalah sembelihan yang dilakukan pada hari ke-7 selepas kelahiran bayi sebagai tanda syukur kepada Allah subhanahu Wa Ta’ala atas kelahiran bayi tersebut. Hukum Aqiqah adalah Sunat Muakkad, iaitu sunat yang sangat dituntut oleh Islam.
Waktu yang terbaik melaksanakan aqiqah adalah pada hari ke-7 selepas kelahiran bayi. Ia juga boleh dilaksanakan pada hari ke-14, atau hari ke-21 sekiranya waktu tidak mengizinkan pada hari ke-7 seperti mana yang disebutkan di dalam hadis Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam. Adapun sekiranya selepas dari bilangan waktu yang disebutkan, maka ianya tidak mengapa kerana hukum asas/ asal aqiqah itu adalah perlaksanaannya itu ke atas setiap kelahiran sekali seumur hidup.
Seperti yang disebutkan di dalam soalan kedua di atas, ianya hanya disyariatkan sekali sahaja seumur hidup untuk setiap kelahiran bayi baru.
Ibadah Aqiqah adalah ibadah khusus yang dilaksanakan kerana kelahiran bayi baru yang mana ianya dilaksanakan atas tujuan kesyukuran kita kepada Allah subhanahu Wa Ta’ala. Waktu ibadah ini adalah tidak terhad dan boleh dilakukan pada bila-bila masa sahaja mengikut kemampuan masing-masing. Adapun Ibadah Qurban adalah ibadah khusus yang dilaksanakan pada waktu tertentu sahaja, iaitu pada Musim Haji. Ia adalah ibadah yang terhad waktunya iaitu dari 10 zulhijjah sehingga 13 Zulhijjah sahaja.
Selain itu, hukum antara kedua-duanya juga turut berbeza yang mana para ulama berbeza pendapat berkenaan hukum ibadah Qurban ini. Majoriti ulama mengatakan bahawa ibadah Qurban adalah WAJIB berdasarkan ayat al-Quran di dalam surah al-Kauthar, yang bermaksud: “Maka solatlah kamu dan laksanakanlah Qurban”– Ayat 2. Hukum wajib itu adalah berdasarkan kepada lafaz ‘arahan/ perintah/ suruhan’ yang digunakan oleh Allah subhanahu wa Ta’ala di dalam ayat ini.
Adapun hukum ibadah Aqiqah adalah Sunat Muakkad, iaitu sunat yang dituntut (bawah sedikit dari hukum wajib).
Wallahu a’lam.
Para ulama mempunyai pelbagai pandangan berkenaan maksud ‘tertebus’ di dalam hadis tersebut, antaranya:
1. Anak tersebut tidak akan memperoleh kelapangan hidup dan hidupnya akan dalam keadaan susah.
2. Anak tersebut dihalang dari memberi shafaat/ pertolongan kepada kedua orang tuanya sehinggalah ibu bapanya atau penjaganya melaksanakan aqiqah untuknya. Kata ini dinukilkan dari Imam Ahmad.
Waktu yang terbaik adalah hari ke 7 seperti mana yang disebutkan di soalan no. 2 di atas. Sebahagian ulama mengatakan bahawa hikmah penentuan hari ke 7 ini adalah kerana sebagai simbolik kesempurnaan 7 hari dalam seminggu selepas bayi tersebut dilahirkan, sekaligus menanam sikap optimis dalam diri ibu bapa supaya anak tersebut akan dikurniakan umur yang panjang dan juga dikurniakan kesihatan yang berpanjangan.
Kiraan hari ketujuh adalah bermula dari tarikh bayi itu dilahirkan. Hari pertama kelahiran merupakan hari pertama dalam kiraan, tidak kira samada pagi, tengahari ataupun malam. Contohnya, bayi dilahirkan pada 1 Januari, maka hari ketujuh adalah pada 7 Januari, dan bukannya 8 Januari.
1. Disunatkan untuk azan di telinga kanan dan iqamah di telinga kiri bayi tersebut seperti mana hadis Abu Rafi’ bahawa Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam mengazankan ke telingan Hasan (cucu baginda) sejurus selepas kelahiran beliau. Para ulama mengatakan bahawa ianya supaya perkataan pertama yang di dengari oleh bayi tersebut di muka bumi ini adalah Kalimah Tauhid (di dalam azan).
2. Mentahnik bayi tersebut selepas mengazankannya. Tahnik adalah mengunyah tamar atau selainnya (yang manis), kemudian disapukan kepada lelangit bayi tersebut. Ia adalah sunnah dan bukannya wajib, dan sebaiknya di lakukan oleh orang Alim dan Soleh kerana hikmah yang terdapat dalam amalan tahnik itu sendiri.
3. Disunatkan mencukur rambut bayi tersebut pada hari ke-7, selepas selesai amalan aqiqah. Kemudian sedeqahkan nilai timbangan rambut tersebut dengan nilai timbangan perak (silver). Ianya seperti yang dilakukan dan dimaklumkan oleh Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam di dalam hadith. Majoriti ulama mengatakan bahawa amalan cukur tersebut hanya untuk bayi lelaki sahaja.